Friday, November 29, 2013

Dakwah Paling Cool Dalam Facebook!!



Hari ni Hanna ingin kongsikan dakwah paling cool yang saya jumpa di Facebook few days ago. I was soo impressed dengan saudari Muslimah sehingga saya rasa terpanggil untuk kongsikan dengan rakan2 semua. Hanna terpaksa padamkan nama dan gambar dengan tujuan untuk menjaga maruah dan aib orang yang berkenaan. Blog ini bukan tujuan untuk menyebarkan aib tetapi untuk mengambil pengajaran dan ikhtibar daripada insiden ini.


Kita namakan pihak yang berkenaan sebagai Miss XX. To make the story short, Miss XX telah melontarkan soalan di FB "Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?". Wallahi, memang Hanna tidak tahu tujuan Miss XX melontarkan soalan yang sedemikian tetapi lebih elok kita anggap Miss XX bertanya atas niat untuk belajar.....Muslimah menyampaikan jawapan dengan cara yang paling baik dan awesome sekali. Di bawah Hannah attachkan perbualan antara Muslimah dengan Miss XX  


Dialog di atas seperti di bawah...

Miss XX: Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Muslimah: Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka...  :)
Miss XX: Mmm...tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa juga..mengumpat sana sini...
Muslimah: Bila Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu............
Muslimah: "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula disalahkan. "Pakai tudung tak semestinya baik...bla,bla,bla...."
Miss XX: Macamlah kau tu bagus sangat nak tegur-tegur aku. Ntah2 kau dulu lagi jahat.
Muslimah: Tidak bersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan....
Muslimah: Selagi kau Islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang...
Miss XX: Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik...!!!
Muslimah: Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya itu sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
Miss XX: Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok!!
Muslimah: Kau berani jamin? Bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
Miss XX: Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...so what???
Muslimah: Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. :)
Miss XX: Walau kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa...
Muslimah: Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
Miss XX: Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain...
Muslimah: Kau sebenarnya menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau...
Miss XX: Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan...!!!
Muslimah: Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu dengan Allah nanti?Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya...
Miss XX: Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.!
Muslimah: Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam...
Miss XX: .................................  


Hanna memang tak pasti adakah perbualan ni benar2 terjadi atau rekaan semata2 (sebab like dalam perbualan ini terlalu banyak  !). Kalau betul2 terjadi, mungkin dalam open page mungkin. Kepada saudara Muslimah, kudos to you!! I really2 in love for your response and thus, decided to write it in my blog. I hope you continue on spreading dakwah dan reminding other sisters whose in need of guidance with such beautiful words and i'm giving my full support to you....whoever you are. Dan kepada Miss XX, selamat maju jaya kepada anda dan Hanna harapkan jangan anda berasa marah atau berasa hati dengan saudari Muslimah. I am truly sorry dear sister, tetapi apa yang saudari Muslimah katakan ini adalah benar. Dan kebenaran itu perit untuk diterima tapi itulah realitinya. Hanna cadangkan saudari Miss XX untuk meneroka dan menimba lebih banyak ilmu mengenai Aurat Wanita dalam Islam. Hanna doakan semoga terbuka hati Miss XX ini untuk menutup aurat di masa akan datang. 


Menutup aurat tidak semestinya hati orang itu lebih baik sehingga "confirm" masuk syurga daripada mereka yang tidak menutup aurat tetapi wanita yang menutup aurat ini lebih menurut dengan Perintah Allah berbanding mereka yang tidak menutup aurat. Jadi sudah semestinya mereka yang menutup aurat mendapat kelebihan di hadapan Allah disitu. Tidak kah anda mahu kelebihan yang sama atau wahai Saudariku?


No comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen di dalam blog ini :)

Take care and have a nice day