Showing posts with label Kaunseling & Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling & Psikologi. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Metos Dalam Kaunseling

"tepi..tepi..orang gila nak lalu.."

Hey bloggers! How are you? Hari ni Hannah nak cite pasal mitos kaunseling. Sungguh Hannah tak sangka…rupa-rupanya ramai jugak orang yang salah faham pasal kaunseling nih! Hannah memang pelik betul dengan masyarakat Malaysia zaman moden nih sebab ramai sangka perkhidmatan kaunseling ni untuk orang sakit jiwa aja..a.k.a. orang gila la ni… “adui adik sayang, kalau kaunseling hanya untuk orang gila aja, tidaklah bersepah kaunselor atau graduan kaunseling di Malaysia ni..

Apa Itu Kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses menolong dimana klien, sama ada menerima perkhidmatan kaunseling secara sukarela mahupun dirujuk oleh penyelia masing-masing disebabkan prestasi mereka yang merundum di tempat kerja. Menurut KUKUM, kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik yang berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling yang ditetapkan seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Kaunseling 1998. Perkhidmatan kaunseling adalah salah satu cabang psikologi gunaan dimana klien (orang yan ditolong) diperkasakan untuk berdaya tindak terhadap situasi kehidupan, mengurangkan tekanan emosi, melakukan aktiviti pembangunan diri, mempunyai hubungan manusia yang bermakna, dan membuat keputusan yang berkesan (Welfel & Patterson; 2005 dalam Rohany Nasir ;2008).