Wednesday, December 4, 2013

Metos Dalam Kaunseling

"tepi..tepi..orang gila nak lalu.."

Hey bloggers! How are you? Hari ni Hannah nak cite pasal mitos kaunseling. Sungguh Hannah tak sangka…rupa-rupanya ramai jugak orang yang salah faham pasal kaunseling nih! Hannah memang pelik betul dengan masyarakat Malaysia zaman moden nih sebab ramai sangka perkhidmatan kaunseling ni untuk orang sakit jiwa aja..a.k.a. orang gila la ni… “adui adik sayang, kalau kaunseling hanya untuk orang gila aja, tidaklah bersepah kaunselor atau graduan kaunseling di Malaysia ni..

Apa Itu Kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses menolong dimana klien, sama ada menerima perkhidmatan kaunseling secara sukarela mahupun dirujuk oleh penyelia masing-masing disebabkan prestasi mereka yang merundum di tempat kerja. Menurut KUKUM, kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik yang berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling yang ditetapkan seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Kaunseling 1998. Perkhidmatan kaunseling adalah salah satu cabang psikologi gunaan dimana klien (orang yan ditolong) diperkasakan untuk berdaya tindak terhadap situasi kehidupan, mengurangkan tekanan emosi, melakukan aktiviti pembangunan diri, mempunyai hubungan manusia yang bermakna, dan membuat keputusan yang berkesan (Welfel & Patterson; 2005 dalam Rohany Nasir ;2008).

Tafseer Surah Al-Falaq By Brother Nouman Ali Khan


Tanda2 Orang Yang Berhijrah By Ustad Kazim Alias






Monday, December 2, 2013

Salah ke bila kita bukak aib orang bila memang sudah dimuat naik dalam internet?



Hannah ada akaun Twitter. Twitter ni selalunya Hannah gunakan untuk meluahkan perasaan Hannah sendiri. You see, Hannah ni selalu peningkan kepala sendiri dengan thoughts yang terlalu banyak dan kadang2 sampai berjela2..kadang2 sampai dari kelam kabut pikir banyak gila benda nak buat sampai dah rasa tak nak buat apa2 sebab kepala Hannah dah "overload" dengan macam2 benda...jadi untuk susun thoughts balik, Hannah akan buat monologue dalam twitter..cuba susun balik bende2 tu dalam kepala...

Sunday, December 1, 2013

Status Facebook Remaja Sekarang



Seriusly, apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang? Ayat tu yang selalunya berlegar dalam kepala bila kita baca gelagat remaja zaman sekarang melalui sosial media. Cabaran zaman sekarang semakin menjadi2 sehinggakan Hannah ada meluahkan perasaan takut kepada encik suami macam mana nak besarkan anak kami kelak. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam membesarkan anak kami.