Monday, December 2, 2013

Salah ke bila kita bukak aib orang bila memang sudah dimuat naik dalam internet?



Hannah ada akaun Twitter. Twitter ni selalunya Hannah gunakan untuk meluahkan perasaan Hannah sendiri. You see, Hannah ni selalu peningkan kepala sendiri dengan thoughts yang terlalu banyak dan kadang2 sampai berjela2..kadang2 sampai dari kelam kabut pikir banyak gila benda nak buat sampai dah rasa tak nak buat apa2 sebab kepala Hannah dah "overload" dengan macam2 benda...jadi untuk susun thoughts balik, Hannah akan buat monologue dalam twitter..cuba susun balik bende2 tu dalam kepala...



Kadang2 bila Hannah rasa boring dalam Twitter, Hannah akan main explore akaun2 lain dalam Twitter tu. Ada yang Hannah follow dan ade yang Hannah tinggalkan. Antara akaun yang Hannah rasa tak boleh blah tu ialah dua akaun Twitter yang menghimpunkan semua gambar2 dalam Instagram dan Twitter dan termasuk status Facebook yang memalukan daripada pengguna sosial media yang lain...



Dua admin akaun ni copy dan paste gambar2 dan screenshot Facebook status pengguna sosial media yang lain dan himpunkan ke dalam dua akaun ini. Hannah tak pasti apa tujuan admin ni buat macam tu..tapi mungkin mereka ni ada pasang niat untuk "berdakwah" dengan cara diorang sendiri..dan ade jugak yang support kedua akaun ni dengan tepek banner dibawah ditujukan kepada diorang...


Sorry Hamba Allah, Hannah tak tau kamu belajar agama di madrasah mana...tapi Hannah rasa kamu ni bukan niat berdakwah kerana Pencipta..mungkin pada mulanya kamu niatkan kerana Allah, tapi lepas tu disebabkan rasa kecewa kerana tak dapat "selamatkan budak2 Melayu Rosak" dan diselubungi dengan perasaan marah. Jadi adakah kejayaan dakwah itu kerana Allah atau untuk kamu sebenarnya? Jadi ada yang meluahkan perasaan puas hati di dalam Twitter bila saudara/saudari Muslim yang lain dimalukan dengan sebegitu rupa. Konon apa yang diorang buat tu justified dan righteous. Seriusly, apa yang korang buat tu bukan aja bersalah, tetapi berdosa.


Perkara pertama yang perlu kita kena paham bila melakukan dakwah adalah "BUKAN KERJA KITA UNTUK SELAMATKAN ORANG, KERJA KITA HANYA UNTUK MENGINGATKAN SAUDARA YANG LAIN". Pemberian hidayah..yang membuatkan mereka berubah itu adalah kerja Allah. Allah memberi hidayah kepada siapa Dia mahu. Tanggungjawab kita hanya untuk ingatkan aje. Korang rasa bila korang himpunkan gambar2 tu supaya semua orang boleh senang tengok kejahilan mereka2 yang lain tanpa rasa nak cover muka dan nama mereka. Dengan buat macam ni kepada orang lain, korang rasa korang rasa korang ni lebih baik dari mereka ke? 


Hannah kerja sebagai seorang kaunselor..jadi hari2 hannah akan jumpa pelbagai jenis klien dari pelbagai latar belakang dan kerjaya. Hannah rasakan kerjaya Hannah ni sama macam berdakwah yang mana klien dibimbing ke arah yang lebih baik. Sebab kaunseling juga boleh dikatakan memberi bimbingan kepada mereka untuk mencapai matlamat kehidupan yang diingini. Dan kebanyakan masa, untuk mencapai apa yang klien mahukan (seperti nak gaji lebih, nak boss puji, nak prestasi kerja meningkat, nak hubungan dengan isteri lebih romantik dan sebagainya), klien Hannah perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Maksudnya, klien Hannah sendiri perlu berusaha untuk ubah sesuatu dalam hidupnya untuk mendapat apa yang dia mahukan. Tapi, dia mahu atau tak lakukan perubahan tu, semuanya terletak kepada bahu dia sendiri dan HIDAYAH dari Allah untuk lembutkan hati dia. Walaupun kebanyakan masa klien Hannah tidak mahu berubah walaupun dia tahu apa yang dia mahu, sudah bukan tanggungjawab Hannah untuk buat apa2 kecuali mengingatkannya sahaja selagi diri Hannah mahu didengari. Hannah doakan semga 5,10 tahun nanti hatinya akan terbuka juga menerima hidayah dari Yang Esa...Hannah tidak rasa kecewa, Hannah tak perlu rasa sedih kalau orang lain tak nak dengar apa yang Hannah katakan atau cadangkan dalam sesi kaunseling Hannah...Hannah sudah buat yang terbaik, Yang lain serahkan kepada Dia




Bila korang himpunkan gambar2 tu, secara langsung pengguna sosial media yang lain pun akan tahu kegiatan budak2 ni. Itu yang korang mahu kan? Supaya orang lain tahu dan boleh malukan budak2 ni..supaya kononnya nanti budak2 ni jadi malu dan tak buat lagi kan? Adakah awak rasa apa yang awak buat ni mendekatkan lagi atau menjauhkan budak2 ni lagi kepada agama? Awak tak perasan ke sebenarnya awak telah pulaukan budak2 ni sedangkan budak2 inilah kita patut dekati. Budak2 ni lah kita patut buat kawan dan ingatkan dia untuk menjadi yang lebih baik. Jadi awak rasa adakah cara dakwah macam ni selaras dengan saranan dan cara dakwah Nabi Junjungan kita s.a.w.? 



Kepada kedua admin ni, Hannah cadangkan korang tutupla akaun korang tu. Bukan saja bawa kebaikan, malah bawak keburukan kepada diri sendiri dan tarik lagi pengguna2 sosial media yang lain dalam kancah kamu tu. Untuk pengguna sosial yang dah follow kedua akaun ni, Hannah cadangkan korang unfollow..buat tambah dosa korang aje tengok gambar2 tu. Kalau korang boleh track budak2 ni, korang cakap elok2 ngan dia..kalau dia nak dengar, Alhamdulillah. Kalau dia tak nak dengar, jangan korang maki2 dia. Tu bukan tanggungjawab korang nak adili dia, keje korang ingatkan dia aja. Jangan korang kurangkan pahala dakwah korang dengan berkata buruk dengan dia. Jalinkan persahabatan dengan mereka..jangan putus asa..


Jangan putus asa kawan2 semua yang ingin berdakwah..tugas ini wajib ke atas kita semua..buat dengan cara yang baik dengan niat yang betul. Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen di dalam blog ini :)

Take care and have a nice day