Wednesday, December 4, 2013

Metos Dalam Kaunseling

"tepi..tepi..orang gila nak lalu.."

Hey bloggers! How are you? Hari ni Hannah nak cite pasal mitos kaunseling. Sungguh Hannah tak sangka…rupa-rupanya ramai jugak orang yang salah faham pasal kaunseling nih! Hannah memang pelik betul dengan masyarakat Malaysia zaman moden nih sebab ramai sangka perkhidmatan kaunseling ni untuk orang sakit jiwa aja..a.k.a. orang gila la ni… “adui adik sayang, kalau kaunseling hanya untuk orang gila aja, tidaklah bersepah kaunselor atau graduan kaunseling di Malaysia ni..


Tak lupa jugak ada orang datang jumpa Hannah.."kaunseling tu orang bagi nasihat betul tak? Kita basuh budak tu betul2 (klien) pastu dia terus baik” eleh, …dan selalunya jawapan Hannah berbunyi macam ni “adui sayangkuu.,..kaunselor ni bukan bomoh bagi tangkal kat klien ataupun doktor yang berikan ubat kepada pesakit. Kalau demam, doktor akan bagi ubat, lepas makan confirm baik! Counselling won’t work that way lah sayangku. It takes time and a lot of work on both parts, baik klien mahupun kaunselor sendiri. Apa main basuh2? Lu ingat kaunselor in mesin basuh ka??!!!”


 'adik manis kalau makan ini ubat, gerenti terus baik dan semua masalah hidup hilang wahai adik maniss..'
  
Hannah pernah jumpa orang yang cakap “kaunseling ni hanya untuk orang yang bermasalah aje. Aku tak de masalah so tak payah la jumpa”.  Ni lagi satu…”kaunseling tu tak semestinya boleh datang sebab ada masalah dik non! Boleh aje kau datang untuk self-actualization atau self growth a.k.a dalam bahasa melayunya untuk perkembangan kendiri”  macam-macam perkhidmatan kaunseling leh offer kat orang…bukan berfokuskan kepada masalah aje…kami ni bukan tong sampah emosi kamu wahai sayangku..


 "sila buang sampah di tempat yang betul ya.."

Pokok pangkalnya kaunseling ni adalah perkhidmatan menolong yang sistematik antara kaunselor dengan klien dimana isu yang mengganggu klien (sama ada berkaitan dengan potensi diri, untuk mengenali diri mahupun kalau memang ada masalah personal) akan dibincangkan bersama dalam keadaan kebajikan klien terpelihara. Erti kata yang lain, apa yang dibincangkan masa kaunseling adalah sulit! Dan semestinya mengikut Akta Kaunselor 1998. Maksudnya rahsia! 

"ssshhhh..."

Namun begitu, maklumat akan terpaksa dibuka kaunselor sekiranya maklumat di dalam sesi kaunseling jatuh dalam situasi berikut:

a)Telah disepina oleh pihak mahkamah
b)Apabila klien boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau kepada orang lain
c)Apabila kaunselor mendapati klien yang masih lagi bawah umur terlibat dengan kes sumbang mahram, mangsa rogol, mangsa dera dan sebagainya
d)Apabila kaunselor mendapati klien ini perlu menerima rawatan hospital

Ada faham? Jadi apa sebenarnya yang kami buat kat sesi kaunseling ni? Meh sini akak bagitau kat dik non semua..matlamat sebenar dalam kaunseling ni adalah:

a)Membimbing klien dalam kenal diri mereka sendiri. Kadang2 kita tak perasan apa yang kita tuturkan kepada orang lain dan hanya mampu melihat dari satu sudut perspektif saja. Dengan adanya kaunselor, kami mampu memberI klien dari sudut pandangan yang berbeza. Yakni, memberikan klien peluang  perubahan atau pilihan yang lebih banyak dalam membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan mereka.

b)Membantu klien untuk terima diri mereka sendiri…yang baik dan yang lemah. Bukan senang untuk seseorang manusia mengaku dan menerima kelemahan diri masing-masing. Tugas seorang kaunselor adalah membantu klien dalam menerima diri seadanya dan meningkatkan potensi diri yang ada pada diri klien. Yakni, bukan menjatuhkan atau mengaibkan klien tau!! 

c)Membantu klien dalam mengenalpasti keperluan diri. Tak semua manusia tau apa yang dia nak dalam hidup ni. Sepanjang wa keje jadi kaunselor ni, tak sikit orang bagitau wa yang dia tak tau apa yang dia nak dalam hidup dia ni. Dia just go with the flow aja dan inilah yang selalunya buat Hannah bimbang sebab masa berlalu pergi macam tu saja. Jadi, dalam sesi kaunselinglah, kaunselor akan membantu klien dalam mengenalpasti apa  keperluan emosi dan tak lupa juga membantu klien meneroka tujuan kehidupan individu tersebut. Disini lah sekali lagi potensi manusia berkembang maju.

d)Membantu klien dalam merangka perancangan dalam mencapai kebahagiaan di masa depan. Ada juga klien yang Tanya soalan ni…”puan, macam mana saya nak happy? Saya tak dapat nak jawab soalan tu setiap kali saya tanya pada diri sendiri”. So dalam sesi kaunseling, kita sama2 cari macam mana klien nak happy dalam kehidupannya…

Ada rasa nak pigi kaunseling tak? Hannah cadangkan pigilah kaunseling..memang tak rugi, insya-allah. Sekurang-kurangnya rahsiamu terselamat…kalau korang pigi cerita dengan kawan, belum tentu diorang dapat simpan rahsia korang. Silap haribulan orang tu jugak yang canang2 cerita korang, goreng sesedap megi.  Tapi sukacita Hannah nak ingatkan kepada semua blogger bahawa  sila pilih kaunselor yang professional dan yang mempunya lesen kaunseling ya? Supaya kebajikan anda semua dilindungi oleh undang-undang negara kita :)

Ni saja celoteh Hannah untuk hari ni…semoga kita berjumpa di lain hari! 

12 comments:

  1. betul tu..tak semua orang faham istilah "kaunseling"

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for taking the time reading my blog :)

      Delete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im on my way..thank you for your visit :)

      Delete
  3. saya selalu menjadi kaunselor pada diri sendiri . ada sesetengah perkara kita tak leh share dgn org lain ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaunselor bertugas hanya untuk membantu klien berhadapan dengan isu yang dianggap amat penting dan mengganggu kehidupan klien ini sendiri sehari2 baik dalam kerjaya, personal dan sebagainya. Dengan kaunselor yang telah didaftarkan dibawah Lembaga Kaunseling, kaunselor berdaftar juga perlu mengikut akta yang telah dilandaskan keatas semua kaunselor berdaftar iaitu Akta Kaunselor 1998. Salah satu semua kaunselor berdaftar perlu patuhi adalah Kerahsiaan Klien iaitu inti sesi kaunseling yang dijalankan hendaklah dirahsiakan mengikut persetujuan klien-kaunselor.

      Delete
    2. Tiada paksaan di dalam kaunseling wahai saudariku..klien digalakkan untuk cerita apa yang mereka mahu..

      Delete
  4. salam kenal..blogwalking kat sini ('',)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ayue...and welcome :)
      Thank you for your visit :)

      Delete
  5. salam singgah sini.......
    http://ceritamayapersasda.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen di dalam blog ini :)

Take care and have a nice day